Saturday, 9 May 2020

RANGSANGAN DAN GERAK BALAS : SISTEM SARAF MANUSIA

PENGENALAN 

Sistem saraf manusia adalah satu sistem kawalan yang sangat penting dalam koordinasi badan.

Sistem saraf manusia terdiri daripada :

Sistem saraf pusat iaitu Otak dan Saraf tunjang.

Sistem saraf periferi  iaitu : 
  • Saraf Kranium (12 pasang-hubungkan otak dengan organ deria dan organ dalaman) 
  • Saraf spina (31 pasang -hubungkan saraf tunjang dengan otot rangka)
Fungsi sistem saraf manusia.
  • Mengawal dan mengkoordinasi organ dan bahagian badan
  • Mengesan Rangsangan
  • Menghantar maklumat dalam bentuk impuls
  • Mentafsir impuls
  • Menghasilkan gerak balas yang sesuai.

Tindakan terkawal 
Tindakan yang disedari dan dilakukan mengikut kehendak sendiri.

Contoh: 
Makan,minum,berjalan,membaca,berlari dan sbgnya.

Aliran Impuls :

Rangsangan (Bunyi/Lihat/ Bau/Rasa/Sentuh)  --> Afektor ( Reseptor di dalam telinga) --> Otak --> Efektor ( otot atau kelenjar) --> Gerak Balas

Aktiviti 1.1 : Mengukur kepantasan masa dan gerak balas murid menangkap pembaris yang jatuh bebas(Tindakan terkawal)









Tindakan luar kawal
Tindakan yang berlaku secara serta merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.

Terbahagi kepada dua : 

Melibatkan medulla oblongata.
  • Denyutan jantung
  • Penafasan
  • Peristalsis
  • Rembesan Air liur)
Melibatkan saraf tunjang ( Tindakan refleks)
  • Menarik tangan bila tersentuh benda panas
  • Mengangkat kaki apabila terpijak benda tajam
  • Menarik jari apabila tersentuh duri tajam
  • bersin bila habuk masuk ke hidung)

Aliran Impuls:
Ransangan--> Afektor(Reseptor) --> Medulla Oblongata --> Efektor --> Gerak Balas

No comments:

Post a Comment

SOALAN-SOALAN BUKU TEKS KIMIA KSSM TINGKATAN 4

Berikut adalah soalan-soalan KIMIA KSSM  dalam buku teks Tingkatan 4 yang terdiri daripada uji kendiri, penilaian prestasi dan juga sudut p...