Sunday, 10 May 2020

SOALAN-SOALAN BUKU TEKS KIMIA KSSM TINGKATAN 4

Berikut adalah soalan-soalan KIMIA KSSM  dalam buku teks Tingkatan 4 yang terdiri daripada uji kendiri, penilaian prestasi dan juga sudut penggayaan.

CBK compilekan semua  soalan buku teks supaya guru-guru dan murid-murid boleh print dan guna terus!

Buku teks kimia KSSM Tingkatan 4

Soalan-soalan kimia buku teks KSSM beserta jawapan mengikut topik.









Selamat menjawab soalan!

QUIZZIZ SAINS DAN KIMIA PKP

Sepanjang PKP, pelbagai cara dan usaha yang dilakukan untuk pastikan semua pelajar membuat ulangkaji pelajaran. Selain kelas online, kuiz online turut dibuat melalui aplikasi Quizziz. Jadi CBK berikan link-link quizziz yang CBK buat sepanjang PKP  untuk digunakan oleh murid-murid.

Sains Tingkatan 3

1. Rangsangan Gerak balas

2. Respirasi

3. Struktur dan fungsi jantung

4. Pengangkutan dalam Tumbuhan

5. Kumpulan darah

6. Kereaktifan Logam

Kimia Tingkatan 4

1.  Garam

2.  Pemerhatian terhadap sifat garam

3. Anion dan Kation

4. Formula kimia(I)

5. Formula kimia(II)

6. Susunan unsur dalam jadual berkala

7. Unsur dalam kumpulan 18

8. Unsur dalam kumpulan 1 dan 17

9. Struktur atom


Kimia Tingkatan 5

1. Pengenalan sebatian karbon


BAB 9 CUACA ANGKASA LEPAS

Sepanjang PKP,CBK mengambil initiatif untuk menjalankan kelas online menggunakan zoom dan google meet.

Selepas kelas online,setiap minggu CBK beri sekurang-kurangnya 1 tugasan sebagai latihan untuk murid ulangkaji.

Walau bagaimanapun, CBK fikir setiap kali kelas online mesti one way communication je.. CBK je yg asyik ajar dan cakap. murid hanya dengar dan salin..

Jadi,CBK buat satu projek khas untuk murid-murid Tingkatan 3 SMISTA buat di rumah masing-masing tanpa kelas atau penerangan dijalankan terlebih dahulu!

Murid-murid tingkatan 3 dikehendaki buat pembacaan ilmiah sendiri..cari la kt google ke,youtube ke atau mana-mana artikel dan website sebagai rujukan untuk lengkapkan tugasan yang diberikan.

So tugasan dia, murid perlu kumpulkan maklumat daripada internet atau any sources tentang 2 bab terakhir iaitu bab cuaca angkasa lepas dan juga bab penerokaan angkasa lepas.

Antara bab yang sangat menarik untuk dibuat kajian!

Murid perlu cari dan persembahkan maklumat yang mereka kumpul dalam bentuk powtoon/prezi/slide power point untuk mereka yang ada kemudahan atau buku scrap bagi siapa yang tiada kemudahan laptop atau komputer.

Dalam bab ini akan menerangkan mengenai bagaimanakah rupa bentuk struktur matahari, fenomena-fenomena yang berlaku di permukaan matahari dan juga kesan cuacas angkasa lepas.

Jom,kita tgk antara hasil-hasil kerja pelajar-pelajar tingkatan 3 SMISTA!

Aktiviti 9.1 : Perkongsian mengenai tentang struktur matahari iaitu teras,zon radiasi,zon perolakan, fotosfera,kromosfera dan korona.

1. Muhammad Hasbi

2. Aina Wafa


Aktiviti 9.2 : Perkongsian tentang magnetosfera daripada segi definisi,pembentukan,bentuk dan kepentingannya.


Aktiviti 10.1  : Perkongsian mengenai perkembangan model sistem suria yang dibina polemy,copernicus dan kepler.

1. Tuah Iskandar

https://www.youtube.com/watch?v=rr8JL1M27xo


Aktiviti 10.2 : Perkongsian mengenai perkembangan dan teknologi dalam penerokaan

1. Irham Munzir

https://www.youtube.com/watch?v=dZLe4g2Oq4c



Saturday, 9 May 2020

RANGSANGAN DAN GERAK BALAS : SISTEM SARAF MANUSIA

PENGENALAN 

Sistem saraf manusia adalah satu sistem kawalan yang sangat penting dalam koordinasi badan.

Sistem saraf manusia terdiri daripada :

Sistem saraf pusat iaitu Otak dan Saraf tunjang.

Sistem saraf periferi  iaitu : 
  • Saraf Kranium (12 pasang-hubungkan otak dengan organ deria dan organ dalaman) 
  • Saraf spina (31 pasang -hubungkan saraf tunjang dengan otot rangka)
Fungsi sistem saraf manusia.
  • Mengawal dan mengkoordinasi organ dan bahagian badan
  • Mengesan Rangsangan
  • Menghantar maklumat dalam bentuk impuls
  • Mentafsir impuls
  • Menghasilkan gerak balas yang sesuai.

Tindakan terkawal 
Tindakan yang disedari dan dilakukan mengikut kehendak sendiri.

Contoh: 
Makan,minum,berjalan,membaca,berlari dan sbgnya.

Aliran Impuls :

Rangsangan (Bunyi/Lihat/ Bau/Rasa/Sentuh)  --> Afektor ( Reseptor di dalam telinga) --> Otak --> Efektor ( otot atau kelenjar) --> Gerak Balas

Aktiviti 1.1 : Mengukur kepantasan masa dan gerak balas murid menangkap pembaris yang jatuh bebas(Tindakan terkawal)









Tindakan luar kawal
Tindakan yang berlaku secara serta merta tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu.

Terbahagi kepada dua : 

Melibatkan medulla oblongata.
  • Denyutan jantung
  • Penafasan
  • Peristalsis
  • Rembesan Air liur)
Melibatkan saraf tunjang ( Tindakan refleks)
  • Menarik tangan bila tersentuh benda panas
  • Mengangkat kaki apabila terpijak benda tajam
  • Menarik jari apabila tersentuh duri tajam
  • bersin bila habuk masuk ke hidung)

Aliran Impuls:
Ransangan--> Afektor(Reseptor) --> Medulla Oblongata --> Efektor --> Gerak Balas

BIODATA Cikgu Bella Khalipah@CBK!

Nama : Nurul Nabilla bt Mohammad Khalipah

Pendidikan :

SK Sungai Buloh
SMK Bukit Rahman Putra
Kolej Matrikulasi Pahang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (KIMIA)UiTM
Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan (UKM).

Pekerjaan :

Pengalaman mengajar bermula daripada tahun 2014 sebagai tutor persendirian bagi subjek sains,math dan kimia.

Berpengalaman menjadi Research Assistant di UKM selama 2 tahun sebelum menjadi full time teacher.

Berpengalaman sebagai Research Officer di salah satu Klinik Kesihatan Kerajaan

1st posting pada 22/10/2018 di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz,Cheras sehingga sekarang.





Selamat datang ke EduBlog CBK !


Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke #EDUBLOG Cikgu Bella Khalipah@CBK!

Penubuhan #EDUBLOGCBK ini adalah bertujuan untuk berkongsi bahan-bahan pengajaran seperti nota,video-video pengajaran dan juga aktiviti-aktiviti PDPC yang telah saya jalankan untuk murid-murid saya di Sek Menengah Integrasi Sains Tahfiz ,Cheras khususnya bagi subjek Kimia dan Sains.

Selain itu,saya juga akan cuba menyediakan bahan-bahan mengenai pendidikan untuk tatapan pembaca blog ini supaya #EDUBLOGCBK akan menjadi salah satu platform pencarian bahan-bahan ilmiah.

Sebagai peminat tegar buku-buku motivasi, saya juga akan cuba menghiasi #EDUBLOGCBK dengan kata-kata motivasi yang menarik dan boleh digunakan sebagai kata-kata semangat bagi pembaca khususnya murid-murid.

Saya turut mengalu-alukan sebarang cadangan penambaikan serta perkongsian topik-topik menarik untuk saya isikan di dalam #EDUBLOGCBK dari pembaca supaya blog ini akan menjadi lebih menarik. 

Akhir kata,CBK bukanlah seorang penulis yang baik tetapi bercita-cita menjadi seorang guru yang cemerlang dalam memberikan perkongsian yang bermanfaat kepada pembaca. InshaALLAH!



SOALAN-SOALAN BUKU TEKS KIMIA KSSM TINGKATAN 4

Berikut adalah soalan-soalan KIMIA KSSM  dalam buku teks Tingkatan 4 yang terdiri daripada uji kendiri, penilaian prestasi dan juga sudut p...